BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, 19 Mei 2011

Ini post dikarang khas untuk kaum Hawa untuk mengenali lebih tentang lelaki. Fokus utama ialah bagaimana nak memengangi hati lelaki, samada suami mahupun teman lelaki.



Lain org lain ragamnya, jadi terdapat 2-kategori lelaki yang akan memberi komen berkenaan wanita di hati lelaki. Iaitu, usia perkahwinan 30 tahun, usia perkahwinan 5 bulan dan usia percintaan setahun. Ikuti pandangan mereka terhadap wanita-wanita ini di hati mereka.Setelah bertemu dengan pasangan secocok apa yang perlu wanita tersebut lakukan ialah memenangi perasaan lelaki itu sehingga tertawan walaupun walhalnya lelaki itu jual mahal (ego).

Sebenarnya lelaki yang meminati wanita tidak akan memberitahu wanita tersebut kecuali ada respon daripada pasangan atau sebaliknya.lelaki di hati wanita.Terdapat banyak ciri-ciri yang wanita perlu tahu di sebalik rahsia kelelakian itu kerana ego lelaki sangat tinggi.Justeru wanita yang meminati lelaki yang menjadi pilihan hati perlu tahu sebab-sebab yang disukai oleh lelaki tersebut seperti kata-kata manis sebagai perangsang kerana wanita diibaratkan tulang belakang bagi suami dan anak-anaknya.Perlu diingat apa yang hendak kita usahakan perlukan kerajinan.USAHA ITU TANGGA KEJAYAAN !.HENDAK SERIBU DAYA TAK NAK SERIBU DALIH !.

Kejayaan memenangi perasaan pasangan bukan hanya tertakluk pada wanita sahaja bahkan lelaki akan berusaha untuk menawan puteri impian yang akan di bawanya hingga ke akhir hayat. Ibarat kata-kata orang tua Kasih IBU membawa ke SYURGA,Kasih Sayang Pada Pasangan tidak akan berbelah bagi Hanya Nyawa sebagai Ganti..!. Wanita perlu berkorban apa sahaja demi memenangi pasangannya.Antara lainnya :-

i) Wanita tidak akan menipu dirinya sendiri sekiranya pasangan tersebut bertanya kisah benar peribadi wanita kerana tiada dusta antara wanita dan lelaki dan sikap saling percaya-mempercayai lebih penting dari segala-galanya.

ii) Wanita perlu tahu apa pasangan tersebut perlukan seperti keperluan dan sanggup berkorban demi masa dan meminta maaf sekiranya berlaku kesilapan samaada lelaki mahupun wanita itu sendiri.

iii)Jangan memandang sesuatu perkara itu sebagai perkara yang remeh-temeh dan tidak ambil kisah walaupun lelaki tersebut memandangkan perkara tersebut sebagai kes serius.Itu akan mewujudkan jurang yang lebih kritikal dalam hubungan antara lelaki dan wanita.Jangan salahkan pasangan kita kalau dia menjauhkan diri kerana mungkin terdapat kesilapan yang kita lakukan yang tidak kita sedari.

iv)Sikap saling bantu -membantu akan dapat menjalinkan hubungan yang erat antara lelaki dan wanita.Lelaki dan wanita perlu tahu peranan masing-masing dan sikap suka mengalah dan tidak menyalahkan pasangan masing-masing akan merapatkan lagi perhubungan yang mersa dan lebih prihatin dan peka kepada masalah peribadi pasangan tersebut.

v)Wanita juga dapat memberi idea yang bernas supaya lelaki tahu yang pasangannya menyayanginya dan mempertimbangkan masalah dengan sewajarnya.Jangan terlalu memberikan pendapat yang bercanggah dengan pendapat pasangan anda kerana mungkin pasangan anda tidak mahu konkongan dari anda!Beri pasangan anda pilihan supaya dapat memilih pendapat yang terbaik untuk penyelesaian masalah.

vi)Wanita yang menjadi pilihan hati lelaki tidak semestinya cantik walaupun dari sudut fitrahnya lelaki inginkan kecantikan tetapi itu semua dapat di atasi dengan hati yang tulus dan ikhlas.Wanita yang cantik tapi buruk dari segi hati akan membuat lelaki lebih membencinya dan bukan menyintainya.Ingatlah lelaki juga inginkan perhatian seperti mana wanita perlukan!.

vii)Perhubungan yang terbaik ialah sikap memberi apa sahaja yang pasangan perlukan selagi tidak menyalahi hukum agama.Wanita jangan terlalu memaksa pasangan kerana lelaki akan berasa terlalu terkongkong dan maruah mereka akan tercemar.Apabila lelaki berasa rendah diri mereka sanggup melakukan apa sahaja bagi menebus perasaan malu mereka.Ketahuilah yang pasangan anda tidak mahu berita tentang mereka akan dijadikan modal untuk bercerita.Kalau anda ingin cerita yang sampai menyinggung perasaan anda!.

Semoga apa yang kami paparkan dapat membantu anda dalam memperbaiki jurang pasangan sejati kerana Tanpa kepercayaan hidup tidak bermakna!



21 tips utk memenangi hati lelaki:

Dalam menjalinkan hubungan antara lelaki dan perempuan, setiap perlakuan, pergerakan, tutur kata dan bahasa badan diperhatikan.

1 - Banyak lelaki yang sukakan wanita yang mempunyai sikap berterus terang dan tidak berpura-pura. Jadi janganlah menunjukkan sikap hipokrit kerana lama-kelamaan tembelang anda akan pecah juga.?

2- Tahu menjaga diri dan membuatkan diri dihormati sebagai seorang wanita. Jarang ada lelaki yang mahu mengambil kesempatan ke atas wanita yang pandai menjaga harga diri.

3- Bijak bergaya. Tidak seharusnya memperagakan tubuh badan tetapi berpakaianlah mengikut kesesuaian tempat dan suasana

4- Penyayang, manja, lemah-lembut dan romantik.

5- Berkaliber dan boleh dibawa berbincang.?

6- Penghibur, suka tersenyum dan sentiasa riang.?

7- Menghormati perasaan orang lain.?

8- Pandai menjaga personaliti diri agar sentiasa nampak kemas dan menarik.

9- Lemah-Lembut dalam tutur kata dan pandai menyusun ayat.

10- Berfikiran terbuka dan boleh dibawa ketengah dan ke tepi.

11- Tidak terlalu gemuk dan tidak terlalu kurus.

12- Menpunyai karier dan cita-cita. Lelaki suka jika pasangannya mempunyai pengetahuan yang luas.

13- Pandai mengambil hati orang tua.

14- Lelaki tidak suka wanita yang kasar, suka bertepuk tampar atau mencubit walau baru pertama kali berjumpa.

15- Jangan menunjuk-nunjuk barang kemas dan memakai terlalu banyak kerana ada lelaki yang berasa anda mata duitan.

16- Elakan sikap suka berbohong kerana ia akan membuatkan lelaki sukar untuk mempercayakan anda lagi.

17- Jangan suka merengek..

18- Jangan suka mengarah lelaki.

19- Jangan meninggi suara atau menengking walau kita tidak berniat untuk berbuat begitu.

20- Biarkan pasangan membayar bila dia mahu berbuat begitu kerana bila kita menolak dia merasakan egonya tercabar.

21- Jangan ketawa mengilai-gilai.

Tips: Memenangi Hati Lelaki
April 15th, 2009

0 ulasan: